Thursday, September 17, 2009

ne penting gik? dakwah or study?

Majoriti pelajar akan mengatakan peranan mereka pada ketika ini adalah untuk menuntut ilmu. Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith2 yang tertentu tentang kelebihan menuntut ilmu dan sebagainya. Jikalau begitu, adakah para sahabat terdahulu tidak pernah mendengar hadith2 itu? kenapa mereka tidak dihantar oleh Nabi S.A.W ke Rom atau Parsi atau China untuk menuntut ilmu seperti kita? Hakikatnya, mereka memahami tuntutan semasa dan bertindak mengikut keperluan ummah ketika itu, iaitu untuk berdakwah. Sekali lagi ingin dikatakan, setiap penilaian perlu dibuat dengan mengambil kira soal waqi' (realiti) semasa.

Seorang pelajar yang dalam bahaya kebakaran tidak akan meneruskan pembelajaran walaupun dia tahu pelajarannya itu sangat penting,kerana dia mengetahui yang nyawanya lebih penting. Dalam contoh yang mudah ini, kita dapati manusia sebenarnya memahami konsep fiqh keutamaan dan fiqh Waqi'. Permasalahan timbul apabila mereka tidak meletakkan Islam pada kedudukan yang betul. Sekiranya kita meletakkan Islam pada maqam yang selayak baginya, manusia akan kembali mengutamakan Islam berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan keluarga, masyarakat dan negara.

Berbalik kepada persoalan, antara dakwah dan belajar,manakah yang lebih penting? Bukankah tuntutan kini adalah untuk berdakwah? mungkin juga. Ada juga yang berkata..

" masa tok kamek blaja dolok.. lak dah abis blaja, kaut ilmu banyak2 bok lah kamek tok berdakwah."

Alasan ini mungkin akan diteruskan semasa bekerja..

"kamek mok keja mena2 dolok. lak umo 29 tahun bok kamek berdakwah. kamek gik mok nyara keluarga mek lok."

dan alasan ini juga mungkin akan berterusan sehingga ke TUA.. penuh dengan alasan..alasan..alasan. Bagaimana pula apabila kita MATI?! Apakah yang paling penting ketika itu? Analisa diri kita..

Sebagai seorang pelajar,kita perlu ada MATLAMAT hidup. Tanpa MATLAMAT, segala perkara menjadi sia2. Dalam setiap amalan, MATLAMAT adalah perkara yang paling penting. (Hadith 1 dalam Hadith 40 Imam An-Nawawi).. " Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." * belajar untuk mendapat pekerjaan? * belajar untuk mendapat gaji? * belajar untuk mendapat kedudukan? * belajar untuk memenuhi kehendak ibu bapa?

"sine tujuan2 tok boleh mbak kita? tanyak ngan dirik mpun..apa sebenarnya kita mok dalam hidup tok?"

Hakikatnya, kita perlu meletakkan tujuan yang pasti dan jauh, iaitu tujuan kepada ALLAH.

Mungkin ada yang akan menjawab..

" kamek blaja pun dakwah juak bah!"

Penyataan ini boleh memberi 2 tujuan: Pertama, memang benar2 untuk tujuan berdakwah, atau kedua, sekadar menenangkan hati yang sentiasa mencari ALASAN! Bagaimana untuk menjadikan penyataan ini sebagai satu jawapan yang benar2 menjadi hujah kita di hadapan ALLAH nanti?

Menjawab kepada persoalan utama, kedua2nya sama penting. kedua2nya mestilah bergerak seiring sejalan. Menuntut ilmu adalah WAJIB hukumnya. Tetapi tak dinafikan juga, dakwah juga WAJIB. Tiada percanggahan deh!

Tetapi, dakwah yang bagaimana? Adakah terus-menerus dakwah pada peringkat yang tinggi iaitu masyarakat? Berdakwah pun ada peringkatnya..berdakwah kepada diri sendiri, keluarga, kawan2 dan akhir sekali barulah di lapangan masyarakat. Bagaimana ingin berdakwah/ berhadapan dengan masyarakat tanpa ilmu? Mungkin kita boleh menipu golongan masyarakat yang duduk di pedalaman yang tak mengerti apa2. tetapi perlu INGAT! ALLAH telah menyatakan dengan jelas dalam surah As-saff ayat 2 dan 3:

" Hai orang2 yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat?

Amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa2 yang tiada kamu kerjakan."


Jika dilihat pada asal dakwah nabi, ia bermula dengan ILMU. Mana bisa berdakwah tanpa ILMU!

" sama juak mun kita nanyak urang len.. antara tangan ngan kaki, ne penting gik? mun di antara IMAN ngan ISLAM, ne penting gik? sama juak mun dalam bio, antara DNA n RNA, ne gik penting?( tanyak ngan orang sains)

tp kenak juak ingat. tba2 jak urang nanyak kedak tok: mun mok makan ne penting gik? tangan ka mulut? duak2 ya nang lah penting, tp di sia ada yang lebih awla.

Kesimpulannya, simpulkanlah sendirik. pinjam kata2 seorang pakcik: mun mok jadi faci, ne boleh ngarap urang len berik jawapan. cuba sedaya upaya ncarik kedirik. noktah! khalas..hehe

"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

wallahu'alam..

Monday, September 14, 2009

hayati deh!

Masih Ada Waktu
Munsyid : Rast

Sahabat...
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi


"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

wallahu'alam..

hati??

kita manusia kadang kala sering mengambil enteng sesuatu perkara. Apatah lagi jika perkara itu dirasakan hanya perkara yang mudah,remeh,kecil dan sebagainya...
tidakkah kita sedar bahawa setiap perkara itu bermula dengan perkara yang mudah?

cuba bayangkan,mampukah sesuatu projek itu dijalankan seandainya tidak dibuat perancangan awal? Mampukah kita menjalankan projek itu tika mana kita tidak membincangkan tentang kos pelaksanaan, individu yang terlibat, tujuan pelaksanaan dan sebagainya.. (macam projek kita bah..hehe)

mustahil bukan??(ini serius~!)

begitu juga dengan hati kita. Di mana sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.w
انما الأعمال بالنيات

Iaitu setiap amalan itu bermula dengan niat..
Dimana terdetiknya niat itu? Pastinya niat itu dilahirkan melalui detikkan hati..maka sesungguhnya, hati kita yang menuntun kita dalam melakukan sesuatu perkara antara benar ataupun batil...
kerana hati yang bersih mampu membatasi diri daripada diracuni oleh hasutan dan godaan syaitan yang direjam..

syeikh ibnu Atoillah al Sakandari menyebutkan dalam kitabnya Bahjat al Nufus bahawa

hati ini ibarat sebuah pohon

bila disiram dengan air ketaatan, buahnya akan nampak jelas. Mata membuahkan penjagaan. Telinga membuahkan perhatian terhadap Al-quran dan ilmu. Lidah membuahkan zikir dan ucapan yang baik. Tangan dan kaki membuahkan amalan kebajikan, ketaatan dan bantu membantu.
Namun,bila hati kering kerana tidak disirami dengan air ketaatan, buahnya akan gugur, manfaatnya akan hilang


hati ini juga ibarat cermin,nafsu ibarat wap dan asap

bila asap melekat dicemin,cermin akan menghitam sehingga kejernihan dan keindahannya menjadi pudar. Maka hati yang lemah itu umpama cermin yang terbiar lantaran dikotori dengan asap...

saudaraku..
segeralah mengubati hati kita andai kita dapati ianya semakin hari semakin tenat..yang adakalanya hanya menunggu masa untuk ditarik Nur daripadanya..tiadalah insan lain yang mampu megubati kesakitan itu melainkan diri kita sendiri..sedarlah hati yang sudah dihitamkan amatlah sukar untuk dikembalikan kejernihannya..sebagaimana air yang dicemari mahu dirawati..prosesnya cukup lama..

jikalau kita merasakan MASIH ADA WAKTU untuk kita..adakah kita tahu bilakah ajal bakal menjemput diri ini??adakah hari esok masih terbuka luas lagi pintu taubat unuk kita?adakah kita mahu diri ini terus dibayangi dengan bayang-bayang hitam yang merajai diri..??

oleh itu, segerakanlah mengubati hati kita ,segeralah mendapatkan khidmat 'pakar-pakar' perawat hati..seperti mana kata imam Al-Ghazali..


'carilah hatimu ketika membaca Al-Quran, andai tidak kau temui, carilah hatimu ketika kau menunaikan solat, andai tidak kau temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur'

"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

Wallahu'alam...

Sunday, August 23, 2009

Tengok Ini..

Diari Lawatan PERKEPIS ke Borneo Utara: Satu Catatan Perjalanan & Perasaan

Antara Postingnya...

Pertemuan dengan Pelajar Islam Sarawak
IPGM Kampus Gaya
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Kolej Matrikulasi Labuan (KML)
dan banyak lagi..

Bercadang Untuk Tidak Berpuasa!!!

“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan”, kata seorang mahasiswi melalui emailnya kepada saya.

“Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadhan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!”, maklum seorang mahasiswa pula.

“Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan masturbasi termasuk di Ramadhan ini. Apakah nasib saya ustaz?”, tulis seorang… maaf bukan seorang, tapi beberapa orang pelajar perempuan melalui email kepada saya. Ya, perempuan. Bukan lelaki.

Muka saya merah, telinga kepanasan.

Jika hanya seorang yang bercadang untuk tidak berpuasa, saya dengan mudah menganggapnya sebagai kes terpencil. Tetapi Ramadhan kali ini saya dihubungi oleh sejumlah mahasiswa dan mahasiswi yang telah awal-awal lagi berazam untuk TIDAK BERPUASA, kerana ada sesuatu yang berlaku di dalam hidup mereka selain makan dan tidur.

Peperiksaan…

Aktiviti minggu orientasi…

Banyak bekerja shif malam…

BUKAN TERPENCIL

Kesemua email yang saya terima di bawah kategori ini saya himpunkan tanpa tergesa-gesa menjawabnya. Sengaja saya kumpulkan sehingga selesai seminggu pertama Ramadhan. Jumlahnya signifikan. Datangnya dari empat penjuru bumi. Mengecewakan!

Di manakah silapnya?

Kelemahan jati diri anak watan kita ini sudah amat kritikal. Tolaklah ke tepi semangat-semangat yang sedang dicari untuk berjihad, membela umat, membebaskan Palestin dan menebus kemunduran bangsa.

Cukup sekadar saya katakan, mungkin ini salah satu sebab mengapa Malaysia gagal mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik. Negara ini melahirkan bangsa manusia yang lemah determination biar pun tinggi IQ, hebat teknologi, mewah kemudahan prasarana, banyak ilmu dan lebih segala-galanya.

Semuanya terbangun dan bangkit ‘maju’, kecuali manusianya. Terlupa prima kausa!

AMARAN

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]

Wahai adik-adikku, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

Doaku agar kita bertemu di SYURGA.

*Ustaz Hasrizal giat menulis di blog beliau di http://saifulislam.com/

Tuesday, July 21, 2009

pje LAH

Who's up for challenge?
sitok utk sapa2 yang mok la.yang rajin, yang baik hati, yang sa cak, yang smua mua lah

challenge x susah.just sapa tek nak di atas ya yang mok buat LOGO and LAGU or BOTH, diparsilakan. tgn mekorg terbuka luas luas mok peluk takorg, ehhhh, mok mengalu-alukan takorg buat. DIPARSILEKEN.

teehee :D

Sunday, July 19, 2009

siapa kita??

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang apabila di beri penghidupan, tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul 'Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan, namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwanya untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa ALLAH tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya, tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah, lalu dia mengucap "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?

Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya ya lalu sehinggga mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak kufur akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

~oo0o~


"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

Sunday, June 14, 2009

39 hari yang lalu....

Sekitar Majlis Perpisahan PJE , ikuti bahan di blog Akhi Hisyam di sini dengan lebih banyak foto foto menarik, hehehe



Nota: ktkorg di sinun jangan berolah2, nakal2 sikhal, blaja mena2!, kmkorg ada lah juak program2 yg best sikit sikit, ada kembara, ekspedisi juak.. lak update agik

Friday, May 8, 2009

outlandish-beyond words

untuk dikongsi bersama



With my right foot first
I stepped into the holy mosque
Upon the cold white marble
Where day and night people sat worshippin', praying
Right and left the mosque being cleaned
Shinin' not a particle of dust
The carvings of marble, the plates of gold
The symmetry of the whole mosque
Yeah the largest of it all
The came the grandest of the whole
The big beautiful house of Allah
Covered with black cloth and gold leaf writin'
My life flashed passed me, the good and the bad
Such a feeling my brother, never ever felt I had
A special bondage to the almighty
A sudden chill in me
Lookin' around the large floor was filled with unity
Circling the beautiful house
Chanting, people sitting, prayin' for forgiveness
Prayin' to do better I witnessed
Takin' a deep breath, tears was runnin'
I ran around the black house, the ancient black house
Built by Ibrahim, peace be upon him, circlin' 24 no doubt
I got closer, as did my heart, as did my soul, amazing
How everyone had their attention only on worshippin'
All concerns forgotten, focused on prayin'
Forgettin' everything matters and happenings just giving
I looked up in the sky thanking Allah for this journey
Sayin': I swear I didn't schedule to be here this early
I thought I'd come here like pops in my forties and fifties
And the doe I paid for the ticket, was meant for some hobby
But who am I to say if I will be alive tomorrow
Or 20 years from now, will my health be able to follow
For a moment I pictured my self 6 feet deep
In the cemetery, my corps in the same white sheets
Allah holds the master plan and it's already written
The pens are withdrawn, the pages are dry... it's written!

Looking back on my life
Life that's gladly been given to me
Open my eyes and embrace the smile
Given to you & I

Con mi mano derecha abro la puerta
Mi madre me recibe con un periódico y una carta
Veo fotos de mi padre abatido por disparos
De momentos ya yo espero
Que mis lágrimas caigan, me preparo
Me sorprende que mis ojos estén secos y mi alma esté calmada
En mi cuerpo no hay dolor por una persona ya olvidada

[Translation:]
With my right hand I open the door
My mom welcomes me with a newspaper and a letter
I see pictures of my father fetched down by shots
In that moment I'm only waiting
For my tears to fall, I'm prepared
But to my surprise my eyes are dry and my soul is calm
In my whole body there's no sign of grief for a forgotten person

Staring outside, there was something I realized
Tomorrow the sun will rise, and together
Will see the beauty of eternity

Salgo a caminar y despejar mis pensamientos
Lo normal sería sufrimiento
O un parecido sentimiento
Le pido a Dios que lo amparé en sus últimos momentos

[Translation:]
I go out, take a walk and clear my thoughts
The anticipated feeling would be suffering or something similar
I ask God to be merciful in the final hours

Looking back on my life
Life that's gladly been given to me
Open my eyes and embrace the smile
Given to you & I
Looking back on my life
No regret only the sweet journey
Lessons from the simple steps
Taking by you & I

With my right hand first
I open the door to the room where my woman gave birth
To my first born son
Only minutes before
I was in the waiting room, nervous
Moms giving me comfort
Family support
As I approached I could hear him crying
I didn't notice
That my tears were running
Pictured myself for a moment in the arms of my father
Flashback to the bended shoulders
On which I'd sit
Grabbing his finger
Taking my first step
Would I become like him?
After a certain age bottle up
Stop showing love
But cold handshakes throughout the years
Replaced by hugs
Father whispered in his ears
The family was gathered
Pictures were taken
My hands still shaking
My joy was beyond words
Him in my arms
3 generations of tears running so calm
He came with Gods blessing and grace so we named him Faizan

If I worship U in fear of hell, burn me in it
And if I worship U in hope of paradise, exclude me from it
But if I worship U for Your own being
Don't withhold from me Your everlasting beauty

If I worship U in fear of hell, burn me in it
And if I worship U in hope of paradise, exclude me from it
But if I worship U for Your own being
Don't withhold from me Your everlasting beauty

Thursday, May 7, 2009

Farewell Party aka Doa Makan Selamat

semoga persahabatan kekal sepanjang hayat


tempat : Banglo Astana
Masa : 12 pm-1000 pm
tarikh : 6 Mei 2009

pengisian dari Ust Suhardi Edward, Akhi Khairul Anwar dan Akhi Hisyam. Ust Suhardi memberi pesanan kepada kami supaya mengingati Allah walau di mana jua kami berada. Akhi Khairul pula berpesan supaya kita berkawan dgn org yang betul dan "pastikan Islam kita pegang" kata akhiKhairul dgn penuh semangat, "kalau bukan sekarang kita mula, bila lagi? pembaharuan di tangan kita" tambah nya lagi. Akhi Hisyam berpesan supaya kita membetulkan mindset kita supaya tidak terpesong..

selepas itu kami di hidangkan dengan slide show dan makan2

Monday, April 27, 2009

Bermalam di Saftuyah Homestay

24 April 2009
pukul 11 pagi, kami muslimah telah sampai ke Saftuyah Homestay yang terletak di Pasir Panjang

on the way g kampung salak


sekolah rendah kampung salak


kak zura, kak djah, trah, tini, sehah, ani, chah

dinner di rumah sehah
tmah, ani

berbeku

Sembang Kerjaya(review)

abg Bob, mamat(peserta), wandy, Abg Hisyam, Abg Awg


27 April 2009
jam 1100
Banglo Astana

Abg Hisyam telah mengadakan satu program mengenai lepasan spm yang masih terhuyung-hayang, bagai layang-layang putus tali yang masih belum tahu lagi arah tuju mereka. Beliau telah menjemput beberapa orang abg, antaranya, Abg Awg Zulhelmi, Abg Nuaim dan Abg Bob.tidak pastilah jika dia menjemput tetapi abg2 smuanya membantu lagi menampakkan arah tuju kami.pilihan yang tepat untuk kami dan mereka2 yang masih belum tahu arah tuju.

program ini lebih kepada soalan dan jawapan. bahagian tingkatan 6 telah dijawab oleh abg Awg Zulhelmi, bahagian matrik pula dijawab oleh Abg Hisyam sendiri dan Wandy(walaupun dia belum menjejak kaki ke matrikulasi). bahagian Asasi dijawab oleh Abg Nuaim dan bahagian Maktab dan Diploma dijawab of course oleh Abg Hisyam.

Pelbagai soalan dilempar kepada abg2 smuanya telah terjawab.dengan aktiviti sebegini, laluan kami ke KEJAYAAN inshaAllah akan menjadi lebih cerah dan lebih mudah.

sekian wassalam =)

Saturday, April 25, 2009

Program Survivor

25 April 2009.
jam 0800
Pasir Panjang

seramai lebih kurang 50 orang muslimin dan muslimat berkumpul di Pasir Panjang bagi menjayakan Program Survivor yang telah dibincangkan 3 minggu awalnya.

setelah sampai di Pasir Panjang, pada pukul 9, kami bertaaruf ringkas mengenai diri sendiri dan pada pukul 10 kami mula bermasak. Pelbagai menu dibuat seperti Nasi Goreng, ikan bakar ect.

pukul 1 lebih, smua g solat zuhur dan selepas solat zuhur, mekorang g main; muslim bermain water polo dan mulimat bermain permainan mengunakan belon, straw dan air masin(u get what i mean)

dan pasya smua aktiviti santai..
muslimin

muslimat

Wednesday, April 22, 2009

mesyuarat di rumah bang hisyam kat rumahnya lah

jam 1600..azan asar berkumandang.

jam 1630 sampai dirumah abg hisyam dan kami ber dengan izin meeting kat sia

panjang cita nya dipendek mekorg bincang pasl survivor pn masalah, props yang akan digunakan untuk aktiviti...ya pn mun tmah x bangkitkan hal ya sik jwk tek bincang.

pasya bincang pasal aktiviti yang akan diadakan..smuanya akan di dungan izin list kat aktiviti akan datang..

sekian

sik da pic.mls mok ambik

Monday, April 20, 2009

santubong trip

nah..yang di nanti-nantikan
aktiviti tok lama dah dipolah riya..mak cik pun lupak bila..yang mak cik ingat malam jumaat jak.solat kat surau kat santubong yang dkat ngn perkuburan islam, dgn pokok ara nya dgn juak bulan mengambang, full moon..ngeremang bulu roma mak cik tgga riya..
pagi bermula kol 7.00. smua muslimat dah redi kat sukma.da muslimat yang sik kat sukma dah pegi trus laya..
sarapan pagi di mcD..eh..di kaki bukit santubong..mcD sik bley sebut glak.da tek orang ramai boikot nak..
bah..tok mak cik cita sket lok..mek org naik kol 8 dekat kol 9 cmya dgn mamat baca doa..berkat.alhamdullillah smua selamat naik dan turun.. so tek..naik naik byk stop stop..amatur bah..pa mok polah..kol 2 sampai puncak..main2 pa smua2 berambik gmba da tdo da makan da mcm2 gik lah..pasya 3 cmya kali mek org turun..

yohh..naik2 tgga2 dah sampe puncak..sik la lamak ne...5 jam jak..smua mak cik, pakcik kan dah tue...lambat la sket..ne mok polah...maaf yer datuk2


kak zana, syikin, ain, kak djah, maskiah, chah, trah, dia, nisa, didi, ani, sehah, tmah, appy, heder, aniq n mamat

tok dkt kol 6 cmya


alhamdullillah juak smua selamat turun.atas keberkatan ukhuwah mekorang, smua lah tambah tambah nasik, tambah tambah ukhuwah.yey!.yang paling awal sampai ke kaki bukit da la beberapa orang pada pukul 6 lebih dekat2 kol 7.mek org solat kat puncak, solat zohor and asar kat pondok bulat.moral of the story, anywhere you go, jgn tinggal solat ah pok sekelian...

so..hoping these kind of activity akan dipolah gik..best doe..

fairy cave, here we come..p tek nak da beberapa org dak cdak pje mok melanjutkan pelajaran ke KML..so gunung kinabalu here we come...

p/s : tok kol 2 and makcik da kedak ngereco sory ah..its late and im getting cranky.
p/s : xda byk pic sory lah juak..

Sunday, April 19, 2009

briefing mengenai program survivor

Program bermula pada jam 1230.dimulakan dengan pengisian oleh Abg Syeed pada jam 1330. beliau memberi pengisian mengenai menguatkan ukhuwah.pelbagai cerita beliau ceritakan kepada kami.best~
pengisian dari Abg Syeed

peserta mendengar dgn penuh teliti dan minat.









raihan sebagai MC


adli hafiz sbg juru LDK


sudah berada dalam kumpulan dan sedang bertaaruf



masa santai


Sultan Awang memberi seberapa peringatan

Wednesday, April 15, 2009

Rahlah bersama Kak Djah(lagi)

12 April, Kak SK dan beberapa orang muslimah berbincang tentang aktiviti rehlah pada minggu hadapannya, jadi, 14 April, rehlah tersebut dilaksanakan dan tada.. kami ber'bowling' di riverside. parkson lah. sehah, ani dan trah yang dulunya sampai, kak djah dan tini datang seterusnya.selepas itu, kami truslah berbowling.

tahniah kepada ANI yang memenangi perlawanaan ini.heh.bulak jak.ANI pun score jak tinggi.ya jak tek.mek org main gilir2 sik tentu.hantam ajak... pasya, mek orang begasak ambik gamba..ne tek mok ngak lm blog tek nak..dan tahniah juga kepada tini.

tok la tek lps ber'bowling'

dr kiri trah, tini, ani, kak djah dan sehah

pa gik..gasak la..

smua main pegang2 germ kat bnda ya..haha..

pasya, mekorg abis tek nak, alu berbincang cmne mok balit, x jwk berbincang.just ckp2 cmne nak balik. jadi kak djah yang dah sukk glak mok nganta sehah ke santubong, alang2 mekorg g santubong, mekorang tek alu sukk jwk mok anta sehah, dan lepak di pasir panjang, sblm ke pasir panjang, kami pergi ke hostel berdekatan untuk survey tpt penginapan, Saptuyah Homestay. tpt yang akan kami tiggal pada 24 april nanti(insya Allah) sblm program survivor.sapa mok ngn, padah ngn ani.



di pasir panjang



gunung santubong yang pernah ditawan oleh kami.hoho


p/s : mind my bm.truk bm tok.haha

Sunday, April 12, 2009

mencari cinta(event done)

pada 10 April, kak hamas dan beberapa org ajk mengadakan mesyuarat untuk aktiviti pada keesokan harinya iaitu MENCARI CINTA(ilahi)..jadi, nah..sedikit sedutan dari aktiviti dua hari tersebut
lagu tema-
di atas nama cinta-UNIC

makan dalam dulang


qasidah bersama abang bob


abang nu'aim dan abang bob



pengadil


kamboh masa makan


bersenam bersama muslimah

last day



p/s : gambar2 semasa mendaki gunung everest..eh..bukan..santubong belom diterima jadi belum la nak update papa psl ya.okeh.so brik gambar, then kta cita psl ya.. :))

Saturday, April 4, 2009

mesyuarat kat Masjid Darul Abidin




sultan Awang


jam 1400
agenda : meeting PJE-mengenai program survivor dan pelbagai lagi
tempat : masjid Darul Abidin, Astana

cuaca amat cerah-tidak hujan, tidak juga panas.seramai 12 orang ahli PJE datang untuk menghadiri mesyuarat tersebut. dua orang dari kumpulan tersebut ialah sultan Awang dan Izzat.wah! lelaki! spesis yang hampir pupus. tapi nasib ada.hehe.

kami berbincang mengenai pelbagai isu, dari program survivor yang akan ditukar namanya kerana atas sebab2 tertentu ke hiking yang akan diadakan pada 9 April ini *teruja* dan juga kumpulan lelaki PJE, kerana kaum muslimat dalam PJE bernama 3R dan lelaki pula 4I.cantik nama 4I.hoho

selain itu juga, kami juga berbincang mengenai agenda yang aka diadakan kelak bersama-sama Sultan.
sedang bermesyuarat
oh ya, PJE akan polah baju kacak kelak. mun ada permintaan sampe 15 orang(muslimah),baruk mekorang polah baju kacak ya. rupa baju ya cm tok..

(ignore the background and focus on the baju)

Friday, April 3, 2009

rehlah 11 muslimah dan Kak Khadijah

April 2 2009



jam 1045 pagi



11 muslimah telah hadir ke satu perjumpaan di

also know as BANGLO ASTANA.

bila sampe tek, da lah tgga 3 org muslimah sedang menunggu rakan yg lain. and bila jak masuk, alu nmpak beberapa muslimah dan Kak SK aka Datuk Paduka sudah pun menghidang makanan. bila sampe jak trus dihidang makanan. nang bait sidak tok.. masa makan ya part best. org sikit rasa macam ramai gilak. nang bes. dengan mendengar celoteh, senda tawa dan semuanya menjadikan setiap individu merasakan tidak busan. topik yang dibualkan masa sarapan pagi adalah seperti kartun kegemaran ramai; Upin dan Ipin, yea, we support local hinggalah ke nama kuih dan mengenai muktamar yang dihadiri di Telaga Air pada minggu lepas.

Jam 1130 kami memulakan aktiviti dengan bertaaruf seperti biasa dan Kak SK memulakan usrah dengan pelbagai nasihat dan kata-kata yang amat berguna seperti bagaimana bestnya PERKEPIS di seluruh Malaysia, menjaga hati dan pelbagai lagi yang dibicarakan

Azan berkumandang, semua terdiam bagi menghormatikan azan, bila mereka bergitu, sejuk perut ibu mengandung, baik juga ya mereka.hehe. bila masa pulak mereka nih jahat?hm..taklah..

Jam 1305, muslimah mengambil wudu' dan solat berjemaan di imam kan oleh Ika, mantan Openg katanya. selepas solat, kami lalu menunggu Kak SK dan beberapa orang muslimah yang cuti membeli makanan tengah hari di sekitar Sekolah En Buyung. nasi ayam. sungguh pedas. nang org sik tahan pedas tek nak..

selepas lunch, kami menyambung usrah kami dengan Kak SK. pada kali ini pula, dia berbicara mengenai cara mengenali sahabat seperti cara tertentu sahabat, kita dapat mengenali sahabat dengan lebih rapat. antara cara mengenali sahabat menurut Kak SK adalah cara sahabat makan, berjalan bersama, tido dan mandi.

jam 1400, seorang kanak-kanak muslim masuk dan bertanya sesuatu, oh ya, baru ingat mereka ada tahfiz hari ini, jadi kami lanjutkan usrah kami di bahagian atas rumah tersebut, selepas beberapa lama, Kak SK pun meminta izin mengambil adik nya. saya pun tidak berapa ingat apa agenda lain Kak SK. oh oh.. selamat hari ulang tahun Kak Mizah.. teehee

sambung lagi, selepas Kak SK beredar, kami alu tek meeting bersama mengenai agenda yang akan kami adakan kelak.pelbagai karenah dapat dilihat, semuanya sungguh excited, bagai kanak-kanak kecil.hehe. pelbagai aktiviti akan diadakan.nanti akan kami listkan di kotak aktiviti akan datang.

selepas solat asar, beberapa muslimah berehlah ke DUN kami berjalan dari Banglo Astana ke DUN. bagai kanak-kanak riang.hehe. best sungguh

p/s : lain kali kalau ada aktiviti, join la sekali. seronak betul hari ini

p/s : gambar akan di upload kelak :)

Monday, March 30, 2009

PJE

Assalamualaikum w.b.t.
PJE iaitu PROJEK JAMBATAN EMAS adalah medium untuk merapatkan silaturrahim sesama remaja tidak mengira latar belakang seseorang

objektif PJE ditubuhkan
~merapatkan silaturrahim
~mengisi masa lapang remaja
~mendapatkan teman-teman baru


everyone is welcome.syukran for stopping by :))))))