Saturday, June 12, 2010

Pesta Layang-Layang

salam :)

this post maybe a little bit late. okay no. late. but its better late than never rite..?

tok adalah pertama kalinya, PJE polah program gitok. i meant Pesta Layang-Layang. nya pun tentatif santai abiss. polah layang-layang dalam kumpulan. cun juak mekorg polah hari ahad, jadi, ramailah kuchingnite kat Pantai Pasir Panjang

mula2 peserta membahagikan diri dalam kumpulan. lps ya, diberik 3 helai kertas untuk membuat layang-layang sendiri. 2 kumpulan lelaki, dan 2 kumpulan perempuan. lepasya sdak pun membahagikan buluh. setelah beberapa jam diberi, siap la layang-layang hasil tangan sdak sendiri. 

selepas solat zuhur, peserta menjamu selera. cun jwk pd 16 mei ada birthday salah seorang sahabat PJE, Maskiah binti Abang. Rasanya dah terlewat mok ucap selamat ulang tahun. but then again, its nvr too late. ada la tek 2 kek cokelat yang dipolah oleh sahabat kita PJE. sigek tun anii polah, sigk gik setiausaha ariff yang polah. boleh tahan la nyaman kek sidak.

 cuaca pd hari ya nang kacak. x panas. tp x jw berangin. angin datang hilang. nang stress la main layang-layang time ya. ada yang sampe belari dari tpt polah layang-layang sampe ke hujung pantai. nasib pantai ya pjg nya x panjang gilak, mun x leput jwk nak belari2 time giya. ada jwk sekumpulan muslimah berqasidah ngan akhi amad.

pkul 5 gia, berkumpul utk pulang la mekorg. kmas2 barang. masok2 kerete. drive2, dan alhamdullilah sampai ke rumah masing2 dengan selamat.

best minggu tok : da juak nekik gunung santubong agikk. 

till next time. salam :)

Sunday, May 9, 2010

Usrah bersama

Salam. Lmk juak dah blog tok bersarang. i.allah. dlm bulan tok n seterusnya, akan terus di update dgn aktiviti2 mendatang. Denga2, banyak aktiviti kelak. Selalulah check2 aktiviti kelak..

‘salam. Jemput dtg ke Majlis Kesyukuran PJE08@spm08 & PMG09@spm09. TARIKH : 2Mei2010(Ahad) MASA : 5PTG-10MLM. TEMPAT : sekriteriat gita-Bangunan sblh masjid gita atas bakery seri ::jamuan disediakan::’

Mesti takorg da dpt text tok nak. mlm ya, lbh kurang pkul 5.30 gia, Akhi hisyam, Akhi Bob dan Akhi Ahmad setia menanti mad’u2 yang datang. Sebelum apa2 start, mcm besa la taaruf dlok. Slps taaruf, azan maghrib berkumandang dari Masjid Gita. Lps ya, mekorg menunaikan solat maghrib dlok.

Selepas selesai solat maghrib di Masjid, mekorang balit ke sekreteriat utk meneruskan apa yang mekorg telah mulakan. Perjumpaan kali tok, lbh kurang mcm sembang kerjaya yang lps. Just tambahan dgn adik2 dari PMG. Nang pelik rasanya, tapi best juak. Tambah ramai.

‘okay, sapa mok cakap sal matrik..em.. nadia, bang ahmad n bang azli kta akan pdh sikit2 ttg matrik,’ pdh bang hisyam. Lalu, bang azli menerangkan sedikit sabanyak sal matrik. Nang input yang nya pdh ya nang benar2 belaka. Gia juak ngn pa yang dipadah oleh bang amad n nadia n beberapa org rakan nya lps ya. Antara ayat2 yang kmk ingat akhi amad pdh,’jangan risau, allah ada’, dan ayat yang nya nang suka pake,’bertebaranlah di muka bumi’. Dan tambahan gik, da juak pdh, mun takorg da papa jak problems, pegi jak sekreteriat on weekdays, i.allah da abg kakak lak solve problem ktk. i.allah.

Lps ya mekorg bermaulid. Sebelum tok nang pernah la bermaulid. Tapi mlm ya, saya rasa mcm tempat ya bergegar. Dgn sora bang bob yang semangatnya, dan abg2 yang lain, dgn bunyi alat muzik yang dipaluk. Nang semangat lah. Mun takorg da masa, g la usrah. Mun berkesempatan takorg denga mauled, untung lah takorg.

Aok, sebelum terlupak. Mun takorg takut dihempas ombak dunia yang deras, takorg mok menambah ilmu fardhu ain. Ada kt sekreteriat every week, sabtu lps zuhr sampe 5.30 ptg. Jgn lupak pegi ah..

‘jgn lost contact ngn abg2,’ ya yang kmk ingt bang ee pdh. Pasya da sharing moment mengupas psl pa yang takorg dpt kt perkepis. Keseluruhan nya, adik2 pmg tok pdh yang sdak x pnh jumpa ukhuwah yang mcm rapat gilak, n belajar utk khusnuzan. N kmk ingt sorang adik tok pdh, ‘belajar numbor satu tapi dakwah bukan number 2’, nang kmk mcm alu yohh.. XD

Akhi kerol juak ada berik input ngn mekorg, kmk suka denga nya pdh sal slow and steady VS fast and furious. Dan pasal extremist ada dua, that is highest and lowest. Dua2 pun x bagus. Kita sepatutnya menjadi org yang sederhana, sepertimana Rasullullah telah mdidik kita.

Pasya mekorg habiskan usrah mekorg dgn mauled agik, tp da akhi afif. Tambah la begagar tpt ya. Nang semangat! >.<

Allahu alam. Salam J

Saturday, February 6, 2010

Projek Remaja Astronomi 2010 (ProReA'10)



Projek Remaja Astronomi 2010 (ProReA'10)
"Menuju ke Bintang"

::
Anjuran::
Projek Jambatan Emas (PJE)

::
Kerjasama::
Persatuan Astronomi Sarawak
Planetarium Sultan Iskandar (PSI)
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)

::
Tarikh::
13-14 Februari 2010
(Sabtu-Ahad)

::
Tapak Perkhemahan::
Kem Alapong, Lundu

::
Peserta::
40 orang pelajar lepasan SPM09
(siapa cepat dia dapat)

::
Bayaran::
RM5.oo sahaja

::
Pengangkutan::
(Bas disediakan)
berkumpul di...
Dewan Suarah Kuching
pada
13 Februari, pukul 7.00 pagi

BERMINAT??

sila hubungi..

sdr Awang syazuan syafiq ::0198850965
atau
sdri Nursyazwani ::0148897451

sebelum@pada 9 Februari 2010, 11:49:53 p.m


::Nota Kaki::
  • Sila bawa alat tulis, gunting, lampu suluh, kelengkapan diri dan ubat-ubatan (sekiranya perlu)
  • diharap para peserta dapat berkumpul di Dewan Suarah Kuching pada masanya

Thursday, September 17, 2009

ne penting gik? dakwah or study?

Majoriti pelajar akan mengatakan peranan mereka pada ketika ini adalah untuk menuntut ilmu. Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith2 yang tertentu tentang kelebihan menuntut ilmu dan sebagainya. Jikalau begitu, adakah para sahabat terdahulu tidak pernah mendengar hadith2 itu? kenapa mereka tidak dihantar oleh Nabi S.A.W ke Rom atau Parsi atau China untuk menuntut ilmu seperti kita? Hakikatnya, mereka memahami tuntutan semasa dan bertindak mengikut keperluan ummah ketika itu, iaitu untuk berdakwah. Sekali lagi ingin dikatakan, setiap penilaian perlu dibuat dengan mengambil kira soal waqi' (realiti) semasa.

Seorang pelajar yang dalam bahaya kebakaran tidak akan meneruskan pembelajaran walaupun dia tahu pelajarannya itu sangat penting,kerana dia mengetahui yang nyawanya lebih penting. Dalam contoh yang mudah ini, kita dapati manusia sebenarnya memahami konsep fiqh keutamaan dan fiqh Waqi'. Permasalahan timbul apabila mereka tidak meletakkan Islam pada kedudukan yang betul. Sekiranya kita meletakkan Islam pada maqam yang selayak baginya, manusia akan kembali mengutamakan Islam berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan keluarga, masyarakat dan negara.

Berbalik kepada persoalan, antara dakwah dan belajar,manakah yang lebih penting? Bukankah tuntutan kini adalah untuk berdakwah? mungkin juga. Ada juga yang berkata..

" masa tok kamek blaja dolok.. lak dah abis blaja, kaut ilmu banyak2 bok lah kamek tok berdakwah."

Alasan ini mungkin akan diteruskan semasa bekerja..

"kamek mok keja mena2 dolok. lak umo 29 tahun bok kamek berdakwah. kamek gik mok nyara keluarga mek lok."

dan alasan ini juga mungkin akan berterusan sehingga ke TUA.. penuh dengan alasan..alasan..alasan. Bagaimana pula apabila kita MATI?! Apakah yang paling penting ketika itu? Analisa diri kita..

Sebagai seorang pelajar,kita perlu ada MATLAMAT hidup. Tanpa MATLAMAT, segala perkara menjadi sia2. Dalam setiap amalan, MATLAMAT adalah perkara yang paling penting. (Hadith 1 dalam Hadith 40 Imam An-Nawawi).. " Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." * belajar untuk mendapat pekerjaan? * belajar untuk mendapat gaji? * belajar untuk mendapat kedudukan? * belajar untuk memenuhi kehendak ibu bapa?

"sine tujuan2 tok boleh mbak kita? tanyak ngan dirik mpun..apa sebenarnya kita mok dalam hidup tok?"

Hakikatnya, kita perlu meletakkan tujuan yang pasti dan jauh, iaitu tujuan kepada ALLAH.

Mungkin ada yang akan menjawab..

" kamek blaja pun dakwah juak bah!"

Penyataan ini boleh memberi 2 tujuan: Pertama, memang benar2 untuk tujuan berdakwah, atau kedua, sekadar menenangkan hati yang sentiasa mencari ALASAN! Bagaimana untuk menjadikan penyataan ini sebagai satu jawapan yang benar2 menjadi hujah kita di hadapan ALLAH nanti?

Menjawab kepada persoalan utama, kedua2nya sama penting. kedua2nya mestilah bergerak seiring sejalan. Menuntut ilmu adalah WAJIB hukumnya. Tetapi tak dinafikan juga, dakwah juga WAJIB. Tiada percanggahan deh!

Tetapi, dakwah yang bagaimana? Adakah terus-menerus dakwah pada peringkat yang tinggi iaitu masyarakat? Berdakwah pun ada peringkatnya..berdakwah kepada diri sendiri, keluarga, kawan2 dan akhir sekali barulah di lapangan masyarakat. Bagaimana ingin berdakwah/ berhadapan dengan masyarakat tanpa ilmu? Mungkin kita boleh menipu golongan masyarakat yang duduk di pedalaman yang tak mengerti apa2. tetapi perlu INGAT! ALLAH telah menyatakan dengan jelas dalam surah As-saff ayat 2 dan 3:

" Hai orang2 yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat?

Amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa2 yang tiada kamu kerjakan."


Jika dilihat pada asal dakwah nabi, ia bermula dengan ILMU. Mana bisa berdakwah tanpa ILMU!

" sama juak mun kita nanyak urang len.. antara tangan ngan kaki, ne penting gik? mun di antara IMAN ngan ISLAM, ne penting gik? sama juak mun dalam bio, antara DNA n RNA, ne gik penting?( tanyak ngan orang sains)

tp kenak juak ingat. tba2 jak urang nanyak kedak tok: mun mok makan ne penting gik? tangan ka mulut? duak2 ya nang lah penting, tp di sia ada yang lebih awla.

Kesimpulannya, simpulkanlah sendirik. pinjam kata2 seorang pakcik: mun mok jadi faci, ne boleh ngarap urang len berik jawapan. cuba sedaya upaya ncarik kedirik. noktah! khalas..hehe

"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

wallahu'alam..

Monday, September 14, 2009

hayati deh!

Masih Ada Waktu
Munsyid : Rast

Sahabat...
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi


"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

wallahu'alam..

hati??

kita manusia kadang kala sering mengambil enteng sesuatu perkara. Apatah lagi jika perkara itu dirasakan hanya perkara yang mudah,remeh,kecil dan sebagainya...
tidakkah kita sedar bahawa setiap perkara itu bermula dengan perkara yang mudah?

cuba bayangkan,mampukah sesuatu projek itu dijalankan seandainya tidak dibuat perancangan awal? Mampukah kita menjalankan projek itu tika mana kita tidak membincangkan tentang kos pelaksanaan, individu yang terlibat, tujuan pelaksanaan dan sebagainya.. (macam projek kita bah..hehe)

mustahil bukan??(ini serius~!)

begitu juga dengan hati kita. Di mana sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.w
انما الأعمال بالنيات

Iaitu setiap amalan itu bermula dengan niat..
Dimana terdetiknya niat itu? Pastinya niat itu dilahirkan melalui detikkan hati..maka sesungguhnya, hati kita yang menuntun kita dalam melakukan sesuatu perkara antara benar ataupun batil...
kerana hati yang bersih mampu membatasi diri daripada diracuni oleh hasutan dan godaan syaitan yang direjam..

syeikh ibnu Atoillah al Sakandari menyebutkan dalam kitabnya Bahjat al Nufus bahawa

hati ini ibarat sebuah pohon

bila disiram dengan air ketaatan, buahnya akan nampak jelas. Mata membuahkan penjagaan. Telinga membuahkan perhatian terhadap Al-quran dan ilmu. Lidah membuahkan zikir dan ucapan yang baik. Tangan dan kaki membuahkan amalan kebajikan, ketaatan dan bantu membantu.
Namun,bila hati kering kerana tidak disirami dengan air ketaatan, buahnya akan gugur, manfaatnya akan hilang


hati ini juga ibarat cermin,nafsu ibarat wap dan asap

bila asap melekat dicemin,cermin akan menghitam sehingga kejernihan dan keindahannya menjadi pudar. Maka hati yang lemah itu umpama cermin yang terbiar lantaran dikotori dengan asap...

saudaraku..
segeralah mengubati hati kita andai kita dapati ianya semakin hari semakin tenat..yang adakalanya hanya menunggu masa untuk ditarik Nur daripadanya..tiadalah insan lain yang mampu megubati kesakitan itu melainkan diri kita sendiri..sedarlah hati yang sudah dihitamkan amatlah sukar untuk dikembalikan kejernihannya..sebagaimana air yang dicemari mahu dirawati..prosesnya cukup lama..

jikalau kita merasakan MASIH ADA WAKTU untuk kita..adakah kita tahu bilakah ajal bakal menjemput diri ini??adakah hari esok masih terbuka luas lagi pintu taubat unuk kita?adakah kita mahu diri ini terus dibayangi dengan bayang-bayang hitam yang merajai diri..??

oleh itu, segerakanlah mengubati hati kita ,segeralah mendapatkan khidmat 'pakar-pakar' perawat hati..seperti mana kata imam Al-Ghazali..


'carilah hatimu ketika membaca Al-Quran, andai tidak kau temui, carilah hatimu ketika kau menunaikan solat, andai tidak kau temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur'

"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

Wallahu'alam...

Sunday, August 23, 2009

Tengok Ini..

Diari Lawatan PERKEPIS ke Borneo Utara: Satu Catatan Perjalanan & Perasaan

Antara Postingnya...

Pertemuan dengan Pelajar Islam Sarawak
IPGM Kampus Gaya
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Kolej Matrikulasi Labuan (KML)
dan banyak lagi..

Bercadang Untuk Tidak Berpuasa!!!

“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan”, kata seorang mahasiswi melalui emailnya kepada saya.

“Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadhan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!”, maklum seorang mahasiswa pula.

“Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan masturbasi termasuk di Ramadhan ini. Apakah nasib saya ustaz?”, tulis seorang… maaf bukan seorang, tapi beberapa orang pelajar perempuan melalui email kepada saya. Ya, perempuan. Bukan lelaki.

Muka saya merah, telinga kepanasan.

Jika hanya seorang yang bercadang untuk tidak berpuasa, saya dengan mudah menganggapnya sebagai kes terpencil. Tetapi Ramadhan kali ini saya dihubungi oleh sejumlah mahasiswa dan mahasiswi yang telah awal-awal lagi berazam untuk TIDAK BERPUASA, kerana ada sesuatu yang berlaku di dalam hidup mereka selain makan dan tidur.

Peperiksaan…

Aktiviti minggu orientasi…

Banyak bekerja shif malam…

BUKAN TERPENCIL

Kesemua email yang saya terima di bawah kategori ini saya himpunkan tanpa tergesa-gesa menjawabnya. Sengaja saya kumpulkan sehingga selesai seminggu pertama Ramadhan. Jumlahnya signifikan. Datangnya dari empat penjuru bumi. Mengecewakan!

Di manakah silapnya?

Kelemahan jati diri anak watan kita ini sudah amat kritikal. Tolaklah ke tepi semangat-semangat yang sedang dicari untuk berjihad, membela umat, membebaskan Palestin dan menebus kemunduran bangsa.

Cukup sekadar saya katakan, mungkin ini salah satu sebab mengapa Malaysia gagal mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik. Negara ini melahirkan bangsa manusia yang lemah determination biar pun tinggi IQ, hebat teknologi, mewah kemudahan prasarana, banyak ilmu dan lebih segala-galanya.

Semuanya terbangun dan bangkit ‘maju’, kecuali manusianya. Terlupa prima kausa!

AMARAN

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]

Wahai adik-adikku, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

Doaku agar kita bertemu di SYURGA.

*Ustaz Hasrizal giat menulis di blog beliau di http://saifulislam.com/