Thursday, September 17, 2009

ne penting gik? dakwah or study?

Majoriti pelajar akan mengatakan peranan mereka pada ketika ini adalah untuk menuntut ilmu. Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith2 yang tertentu tentang kelebihan menuntut ilmu dan sebagainya. Jikalau begitu, adakah para sahabat terdahulu tidak pernah mendengar hadith2 itu? kenapa mereka tidak dihantar oleh Nabi S.A.W ke Rom atau Parsi atau China untuk menuntut ilmu seperti kita? Hakikatnya, mereka memahami tuntutan semasa dan bertindak mengikut keperluan ummah ketika itu, iaitu untuk berdakwah. Sekali lagi ingin dikatakan, setiap penilaian perlu dibuat dengan mengambil kira soal waqi' (realiti) semasa.

Seorang pelajar yang dalam bahaya kebakaran tidak akan meneruskan pembelajaran walaupun dia tahu pelajarannya itu sangat penting,kerana dia mengetahui yang nyawanya lebih penting. Dalam contoh yang mudah ini, kita dapati manusia sebenarnya memahami konsep fiqh keutamaan dan fiqh Waqi'. Permasalahan timbul apabila mereka tidak meletakkan Islam pada kedudukan yang betul. Sekiranya kita meletakkan Islam pada maqam yang selayak baginya, manusia akan kembali mengutamakan Islam berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan keluarga, masyarakat dan negara.

Berbalik kepada persoalan, antara dakwah dan belajar,manakah yang lebih penting? Bukankah tuntutan kini adalah untuk berdakwah? mungkin juga. Ada juga yang berkata..

" masa tok kamek blaja dolok.. lak dah abis blaja, kaut ilmu banyak2 bok lah kamek tok berdakwah."

Alasan ini mungkin akan diteruskan semasa bekerja..

"kamek mok keja mena2 dolok. lak umo 29 tahun bok kamek berdakwah. kamek gik mok nyara keluarga mek lok."

dan alasan ini juga mungkin akan berterusan sehingga ke TUA.. penuh dengan alasan..alasan..alasan. Bagaimana pula apabila kita MATI?! Apakah yang paling penting ketika itu? Analisa diri kita..

Sebagai seorang pelajar,kita perlu ada MATLAMAT hidup. Tanpa MATLAMAT, segala perkara menjadi sia2. Dalam setiap amalan, MATLAMAT adalah perkara yang paling penting. (Hadith 1 dalam Hadith 40 Imam An-Nawawi).. " Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." * belajar untuk mendapat pekerjaan? * belajar untuk mendapat gaji? * belajar untuk mendapat kedudukan? * belajar untuk memenuhi kehendak ibu bapa?

"sine tujuan2 tok boleh mbak kita? tanyak ngan dirik mpun..apa sebenarnya kita mok dalam hidup tok?"

Hakikatnya, kita perlu meletakkan tujuan yang pasti dan jauh, iaitu tujuan kepada ALLAH.

Mungkin ada yang akan menjawab..

" kamek blaja pun dakwah juak bah!"

Penyataan ini boleh memberi 2 tujuan: Pertama, memang benar2 untuk tujuan berdakwah, atau kedua, sekadar menenangkan hati yang sentiasa mencari ALASAN! Bagaimana untuk menjadikan penyataan ini sebagai satu jawapan yang benar2 menjadi hujah kita di hadapan ALLAH nanti?

Menjawab kepada persoalan utama, kedua2nya sama penting. kedua2nya mestilah bergerak seiring sejalan. Menuntut ilmu adalah WAJIB hukumnya. Tetapi tak dinafikan juga, dakwah juga WAJIB. Tiada percanggahan deh!

Tetapi, dakwah yang bagaimana? Adakah terus-menerus dakwah pada peringkat yang tinggi iaitu masyarakat? Berdakwah pun ada peringkatnya..berdakwah kepada diri sendiri, keluarga, kawan2 dan akhir sekali barulah di lapangan masyarakat. Bagaimana ingin berdakwah/ berhadapan dengan masyarakat tanpa ilmu? Mungkin kita boleh menipu golongan masyarakat yang duduk di pedalaman yang tak mengerti apa2. tetapi perlu INGAT! ALLAH telah menyatakan dengan jelas dalam surah As-saff ayat 2 dan 3:

" Hai orang2 yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat?

Amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa2 yang tiada kamu kerjakan."


Jika dilihat pada asal dakwah nabi, ia bermula dengan ILMU. Mana bisa berdakwah tanpa ILMU!

" sama juak mun kita nanyak urang len.. antara tangan ngan kaki, ne penting gik? mun di antara IMAN ngan ISLAM, ne penting gik? sama juak mun dalam bio, antara DNA n RNA, ne gik penting?( tanyak ngan orang sains)

tp kenak juak ingat. tba2 jak urang nanyak kedak tok: mun mok makan ne penting gik? tangan ka mulut? duak2 ya nang lah penting, tp di sia ada yang lebih awla.

Kesimpulannya, simpulkanlah sendirik. pinjam kata2 seorang pakcik: mun mok jadi faci, ne boleh ngarap urang len berik jawapan. cuba sedaya upaya ncarik kedirik. noktah! khalas..hehe

"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment