Thursday, September 17, 2009

ne penting gik? dakwah or study?

Majoriti pelajar akan mengatakan peranan mereka pada ketika ini adalah untuk menuntut ilmu. Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith2 yang tertentu tentang kelebihan menuntut ilmu dan sebagainya. Jikalau begitu, adakah para sahabat terdahulu tidak pernah mendengar hadith2 itu? kenapa mereka tidak dihantar oleh Nabi S.A.W ke Rom atau Parsi atau China untuk menuntut ilmu seperti kita? Hakikatnya, mereka memahami tuntutan semasa dan bertindak mengikut keperluan ummah ketika itu, iaitu untuk berdakwah. Sekali lagi ingin dikatakan, setiap penilaian perlu dibuat dengan mengambil kira soal waqi' (realiti) semasa.

Seorang pelajar yang dalam bahaya kebakaran tidak akan meneruskan pembelajaran walaupun dia tahu pelajarannya itu sangat penting,kerana dia mengetahui yang nyawanya lebih penting. Dalam contoh yang mudah ini, kita dapati manusia sebenarnya memahami konsep fiqh keutamaan dan fiqh Waqi'. Permasalahan timbul apabila mereka tidak meletakkan Islam pada kedudukan yang betul. Sekiranya kita meletakkan Islam pada maqam yang selayak baginya, manusia akan kembali mengutamakan Islam berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan keluarga, masyarakat dan negara.

Berbalik kepada persoalan, antara dakwah dan belajar,manakah yang lebih penting? Bukankah tuntutan kini adalah untuk berdakwah? mungkin juga. Ada juga yang berkata..

" masa tok kamek blaja dolok.. lak dah abis blaja, kaut ilmu banyak2 bok lah kamek tok berdakwah."

Alasan ini mungkin akan diteruskan semasa bekerja..

"kamek mok keja mena2 dolok. lak umo 29 tahun bok kamek berdakwah. kamek gik mok nyara keluarga mek lok."

dan alasan ini juga mungkin akan berterusan sehingga ke TUA.. penuh dengan alasan..alasan..alasan. Bagaimana pula apabila kita MATI?! Apakah yang paling penting ketika itu? Analisa diri kita..

Sebagai seorang pelajar,kita perlu ada MATLAMAT hidup. Tanpa MATLAMAT, segala perkara menjadi sia2. Dalam setiap amalan, MATLAMAT adalah perkara yang paling penting. (Hadith 1 dalam Hadith 40 Imam An-Nawawi).. " Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." * belajar untuk mendapat pekerjaan? * belajar untuk mendapat gaji? * belajar untuk mendapat kedudukan? * belajar untuk memenuhi kehendak ibu bapa?

"sine tujuan2 tok boleh mbak kita? tanyak ngan dirik mpun..apa sebenarnya kita mok dalam hidup tok?"

Hakikatnya, kita perlu meletakkan tujuan yang pasti dan jauh, iaitu tujuan kepada ALLAH.

Mungkin ada yang akan menjawab..

" kamek blaja pun dakwah juak bah!"

Penyataan ini boleh memberi 2 tujuan: Pertama, memang benar2 untuk tujuan berdakwah, atau kedua, sekadar menenangkan hati yang sentiasa mencari ALASAN! Bagaimana untuk menjadikan penyataan ini sebagai satu jawapan yang benar2 menjadi hujah kita di hadapan ALLAH nanti?

Menjawab kepada persoalan utama, kedua2nya sama penting. kedua2nya mestilah bergerak seiring sejalan. Menuntut ilmu adalah WAJIB hukumnya. Tetapi tak dinafikan juga, dakwah juga WAJIB. Tiada percanggahan deh!

Tetapi, dakwah yang bagaimana? Adakah terus-menerus dakwah pada peringkat yang tinggi iaitu masyarakat? Berdakwah pun ada peringkatnya..berdakwah kepada diri sendiri, keluarga, kawan2 dan akhir sekali barulah di lapangan masyarakat. Bagaimana ingin berdakwah/ berhadapan dengan masyarakat tanpa ilmu? Mungkin kita boleh menipu golongan masyarakat yang duduk di pedalaman yang tak mengerti apa2. tetapi perlu INGAT! ALLAH telah menyatakan dengan jelas dalam surah As-saff ayat 2 dan 3:

" Hai orang2 yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat?

Amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa2 yang tiada kamu kerjakan."


Jika dilihat pada asal dakwah nabi, ia bermula dengan ILMU. Mana bisa berdakwah tanpa ILMU!

" sama juak mun kita nanyak urang len.. antara tangan ngan kaki, ne penting gik? mun di antara IMAN ngan ISLAM, ne penting gik? sama juak mun dalam bio, antara DNA n RNA, ne gik penting?( tanyak ngan orang sains)

tp kenak juak ingat. tba2 jak urang nanyak kedak tok: mun mok makan ne penting gik? tangan ka mulut? duak2 ya nang lah penting, tp di sia ada yang lebih awla.

Kesimpulannya, simpulkanlah sendirik. pinjam kata2 seorang pakcik: mun mok jadi faci, ne boleh ngarap urang len berik jawapan. cuba sedaya upaya ncarik kedirik. noktah! khalas..hehe

"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

wallahu'alam..

Monday, September 14, 2009

hayati deh!

Masih Ada Waktu
Munsyid : Rast

Sahabat...
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi


"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

wallahu'alam..

hati??

kita manusia kadang kala sering mengambil enteng sesuatu perkara. Apatah lagi jika perkara itu dirasakan hanya perkara yang mudah,remeh,kecil dan sebagainya...
tidakkah kita sedar bahawa setiap perkara itu bermula dengan perkara yang mudah?

cuba bayangkan,mampukah sesuatu projek itu dijalankan seandainya tidak dibuat perancangan awal? Mampukah kita menjalankan projek itu tika mana kita tidak membincangkan tentang kos pelaksanaan, individu yang terlibat, tujuan pelaksanaan dan sebagainya.. (macam projek kita bah..hehe)

mustahil bukan??(ini serius~!)

begitu juga dengan hati kita. Di mana sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.w
انما الأعمال بالنيات

Iaitu setiap amalan itu bermula dengan niat..
Dimana terdetiknya niat itu? Pastinya niat itu dilahirkan melalui detikkan hati..maka sesungguhnya, hati kita yang menuntun kita dalam melakukan sesuatu perkara antara benar ataupun batil...
kerana hati yang bersih mampu membatasi diri daripada diracuni oleh hasutan dan godaan syaitan yang direjam..

syeikh ibnu Atoillah al Sakandari menyebutkan dalam kitabnya Bahjat al Nufus bahawa

hati ini ibarat sebuah pohon

bila disiram dengan air ketaatan, buahnya akan nampak jelas. Mata membuahkan penjagaan. Telinga membuahkan perhatian terhadap Al-quran dan ilmu. Lidah membuahkan zikir dan ucapan yang baik. Tangan dan kaki membuahkan amalan kebajikan, ketaatan dan bantu membantu.
Namun,bila hati kering kerana tidak disirami dengan air ketaatan, buahnya akan gugur, manfaatnya akan hilang


hati ini juga ibarat cermin,nafsu ibarat wap dan asap

bila asap melekat dicemin,cermin akan menghitam sehingga kejernihan dan keindahannya menjadi pudar. Maka hati yang lemah itu umpama cermin yang terbiar lantaran dikotori dengan asap...

saudaraku..
segeralah mengubati hati kita andai kita dapati ianya semakin hari semakin tenat..yang adakalanya hanya menunggu masa untuk ditarik Nur daripadanya..tiadalah insan lain yang mampu megubati kesakitan itu melainkan diri kita sendiri..sedarlah hati yang sudah dihitamkan amatlah sukar untuk dikembalikan kejernihannya..sebagaimana air yang dicemari mahu dirawati..prosesnya cukup lama..

jikalau kita merasakan MASIH ADA WAKTU untuk kita..adakah kita tahu bilakah ajal bakal menjemput diri ini??adakah hari esok masih terbuka luas lagi pintu taubat unuk kita?adakah kita mahu diri ini terus dibayangi dengan bayang-bayang hitam yang merajai diri..??

oleh itu, segerakanlah mengubati hati kita ,segeralah mendapatkan khidmat 'pakar-pakar' perawat hati..seperti mana kata imam Al-Ghazali..


'carilah hatimu ketika membaca Al-Quran, andai tidak kau temui, carilah hatimu ketika kau menunaikan solat, andai tidak kau temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur'

"ukhuwah itu indah bila terjalin kerana ALLAH"

Wallahu'alam...